Penyanyi Sufie Rashid telah menafikan dakwaan berita yang mengatakan dia sekarang bersekedudukan dengan teman wanitanya di rumahnya.
Sufie, 25, ketika dihubungi berkata, beliau tidak melakukan perkara terkutuk itu memandangkan beliau tidak tiniggal bersendirian di rumah berkenaan.
“Ini semua adalah fitnah. Tak mungkin kami tinggal bersama. Namun, saya mengakui dia sememangnya pernah menumpang di rumah saya selama beberapa hari. Waktu itu kami tidak tinggal berdua-duaan, tetapi ianya turut disertai oleh beberapa pekerja saya yang juga saudaranya,” katanya lagi.
Penyanyi dari Singapura ini turut menidakkan berita yang mereka tidur bersama ketika wanita itu menumpang di rumahnya.
“Saya tidak melakukan perkara itu. Sebagai seorang Islam, saya tahu batasan agama yang mesti dipatuhi,” katanya yang juga merupakan juara Akademi Fantasia 2015 ini..
Dalam pada itu, Sufie turut menafikan bahawa wanita terbabit adalah kekasihnya, sebaliknya hanyalah adalah sebagai rakan kongsi perniagaan sahaja.
“Memang kami telah mengenali antara satu sama lain sejak di Negara Singapura lagi. Mungkin disebabkan perkenalan kami ini yang sudah lama, kami jadi rapat tetapi disalah salah anggap oleh orang ramai.
“Saya sendiri tidak faham kenapa ada segelintir pihak yang cuba ingin membangkitkan isu ini. Kami bekerja di restoran yang sama, jadi kadang-kadang kalau pulang dari restoran lewat malam, tidak mungkin saya akan membiarkannya pulang bersendirian,” katanya...
0 comments:
Post a Comment