Sunday 31 July 2016

TERKINI!!! WAK DOYOK TELAH BERTUNANG DENGAN BEKAS PESONALITI TV3!!! MESTI BACA!!!


Jika sebelum ini terdapat desas-desus mengatakan bahawa pasangan sama padan, Wak Doyok dan Azrinaz Mazhar Hakim mempunyai hubungan istimewa kini mereka dikhabarkan pula mereka telah mengikat tali pertunangan pada 23 Julai lalu. Majlis pertunangan yang dilangsungkan secara tertutup itu telah diadakan di rumah bekas personaliti TV3 itu di Desa Hartamas, Kuala Lumpur.

“Majlis pertunangan mereka telah diadakan secara tertutup sahaja. Hanya membabitkan keluarga terdekat dan tidak ramai tetamu luar dijemput hadir. Azrinaz disarungkan cincin pertunangan oleh ibu kandung Wak Doyok sendiri dalam majlis yang berlangsung secara sederhana,”

Menurut laporan Mingguan Malaysia, majlis pertunangan yang telah diadakan secara sederhana dan tertutup itu hanya dihadiri oleh keluarga terdekat bagi kedua belah pihak lelaki dan perempuan sahaja. Malah pada majlis itu juga tidak dimaklumkan terdapat mana-mana selebriti tempatan yang turut hadir meraikan pasangan merpati dua sejoli itu bertunang.

Walau apapun, jika benar berita yang disampaikan ini sekalung tahniah diucapkan kepada pasangan, Wak Doyok dan Azrinaz Mazhar Hakim diatas majlis pertunangan mereka. Diharap selepas ini mereka tampil memberikan pengesahan supaya tidak timbul spekulasi yang tidak sedap kedengaran. Dan semoga segala perancangan perkahwinan dipermudahkan



Saturday 30 July 2016

AL-FATIHAH... ANAK NADIYA NISAA DISAHKAN MENINGGAL DUNIA...


Anak kedua kepada aktres terkenal Nadiya Nisaa yang dikandungnya telah disahkan meninggal dunia di dalam perut ketika melakukan pemeriksaan kesihatan di Pusat Putra Medical Centre, di sini hari ini.

Menurut suami Nadia, Saiful Razman Kasim, jenazah anak keduanya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Batu Muda, Gombak sebelum solat zohor hari ini.

Beliau menambah lagi, isterinya yang juga pelakon Jejak Warriors bagaimanapun berada dalam keadaan sihat, walau bagaimanapun masih lemah dan bersedih atas kehilangan tersebut.

Salam Takziah daripada admin kepada keluarga Nisaa..


Thursday 28 July 2016

PANAS!!! MIRA FILZAH TELAH BERNIKAH DENGAN JEJAKA PILIHANNYA SECARA SENYAP?? MESTI BACA!!


Semalam khabar angin bergerak kencang apabila diberitakan bahawa Pelakon wanita jelita, Mira Filzah telah melangsungkan perkahwinan dengan lelaki pilihannya..

Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah binti Badioezaman, telah bernikah dengan jejaka yang dikenali sebagai Aliff.

Majlis ini dilangsungkan dalam keadaan sederhana dan hanya ahli keluarga dan kenalan yang terdekat sahaja dijemput hadir ke Majlis tersebut.

Berita ini mula tersebar melalui aplikasi sosial whatsapp dan media sosial Instagram. Ianya menjadi berita paling mengejutkan bulan ini selepas berita perkahwinan kali kedua, Adi Putra.

Admin cuba mendapatkan kepastian dan kesahihan berkaitan gambar dan berita yang tersebar ini. 

Hasil semakan dan mendapatkan daripada sumber-sumber wartawan media lain, mendapati berita dan gambar yang tersebar semalam adalah sebahagian scene lakonan Mira Filzah di dalam drama terbarunya.

Isu berkaitan perkahwinan Pelakon yang bergraduan Perniagaan Antarabangsa, UITM itu adalah tidak benar sama sekali dan pihak yang cuba menyebarkan berita itu perlu selidik dahulu kebenarannya sebelum menyebarkan kepada orang lain.




Monday 25 July 2016

KECOH!!! ADI PUTRA DISERANG BEKAS ADIK IPAR ISTERI KEDUA KETIKA SIDANG MEDIA BERLANGSUNG!!!


Sidang media telah diadakan oleh pelakon Adi Putra bagi menjelaskan perkahwinan keduanya dengan janda anak satu pada Isnin. Walau bagaimanapun sesi tersebut telah bertukar panas apabila muncul bekas adik ipar isteri pelakon itu.

Wanita yang dikenali sebagai Nur Farah Ilyana, usia 25, bangun dan bertanyakan soalan tindakan Adi memburukkan abangnya selain mendedahkan nombor telefon bimbit lelaki dikenali sebagai Raziman itu di laman sosial Instagram miliknya baru-baru ini.



Nur Farah turut menjelaskan bahawa abangnya itu tidak pernah memuat naik sebarang luahan perasaan yang mentuduh oleh bekas isterinya itu meninggalkan dia semata-mata kerana Adi seperti mana tersebar di laman sosial sebelum ini.

"Kehadiran saya pada majlis ini cuma ingin menjelaskan abang saya tidak pernah membuat sebarang kenyataan atau status untuk memviralkan luahan perasaan di Facebook mengenai rumah tangganya bagi mendapatkan  simpati atau publisiti seperti mana yang digembar gemburkan sebelum ini.

"Saya cuma ingin bertanya apakah niat sebenar Adi pula menyebarkan nombor telefon abang saya itu di Instagram? Tindakan itu telah memberi tekanan perasaan kepada abang saya kerana ramai yang menelefon dan menggangunya," kata wanita tersebut.

Adi bagaimanapun tenang mendengar soalan daripada wanita berkenaan namun jawapannya kurang jelas dengan tindakan yang telah di lakukan.

"Adik mungkin lebih kenal abang sendiri dan ia mungkin mengaibkan dia pula.

"Saya tidak menyalahkannya dan jika benar dia difitnah ia sepatutnya dijelaskan kerana dia tidak bersalah.

"Kehadiran saya pada hari ini juga bukan untuk berdebat tetapi ingin memberi penjelasan dan kebenaran pihak saya sahaja," katanya.

Sementara itu, Nur Farah ketika ditemui selepas selesai sidang media berkenaan menjelaskan dia tidak berniat untuk membuat kecoh ketika sesi itu berlangsung tetapi sebaliknya hanya ingin menjelaskan perkara sebenar tentang abangnya.

Bagaimanapun Adi meminta agar pihak media tidak meneruskan temubual bersama Nur Farah kerana wanita berkenaan tidak bersalah sebelum memintanya untuk meninggalkan majlis.

Dalam perkembangan sama, Adi pada sidang media berkenaan mengesahkan bahawa beliau sudah berkahwin buat kali kedua pada 20 Jun lalu di kediaman keluarga isteri keduanya itu yang dikenali sebagai Nur Shahida.

Bagaimanapun Adi tidak mahu mendedahkan butiran lanjut mengenai perkahwinan tersebut kerana ingin menjaga kepentingan dan privasi kedua-dua isterinya selain ia melibatkan keluarga kedua-dua belah pihak....



TERKINI!!! AJAK SHIRO SEMBUNYIKAN HUBUNGAN SKANDAL DENGAN PRAMUGARI MAS?? MESTI BACA!!!


Seorang netizen yang mengunakan profile facebook sebagai mak jemah hari ini telah mendakwa Selebriti atau Pelawak Ajak Shiro mempunyai hubungan skandal dengan pramugari MAS. 

Netizen tersebut telah menghantar beberapa gambar kepada admin kakishare untuk membuktikan bahawa kenyataan skandal ajak itu adalah benar.

Berdasarkan kepada sekeping gambar yang diberikan, nama perempuan yang di dakwa mempunyai skandal tersebut terpapar nama Asmizar.

Berikut adalah gambar yang dikirimkan oleh Mak Jemah




Walau bagaimanapun, admin tidak mahu menuduh Ajak Shiro mempunyai hubungan tersebut. Cuma admin mahukan Ajak memberikan penjelasan berkaitan gambar-gambar yang dikirimkan oleh netizen tersebut.


Sumber : Kakishare



Saturday 23 July 2016

DIA BUAT LAGI!!! ADNAN TUNJUK TARING APABILA KONGSI TIPS BERPOLIGAMI DAN BERISTERI SELEBRITI!!


“Jangan menipu isteri”, itu pesanan suami kepada penyanyi Adira, Datuk Seri Adnan kepada mana-mana lelaki yang punyai niat atau keinginan untuk tambah ‘cawangan’ atau berkahwin lebih dari seorang...

Datuk Red, 38, secara jujur mendedahkan rahsia besar bagaimana untuk menjaga hati semua isteri-isteri yang pernah dinikahinya...

“Perempuan, isteri-isteri kita paling pantang kalau kita berahsia atau menipu mereka..

“Berterus-terang dalam segala perkara, itu yang utama dalam perhubungan suami isteri,” beritahu Datuk Red..

Meskipun kisah perkahwinannya dengan Adira yang juga isteri mudanya dikritik teruk, lelaki ini mengambil pendirian untuk memilih tenang-tenang sahaja.

Malah dia tidak pernah sekalipun melarikan diri daripada pihak media yang berhasrat untuk mengetahui kejujuran dari bibirnya sendiri.

Sebelum Adira, Datuk Red mempunyai isteri lain iaitu seorang wanita yang dikenali sebagai Sharifah.

Ternyata perkahwinan adalah anugerah terindah buat dia, namun saat ini jelasnya tidaklah terfikir untuk berkahwin lagi.

Pernah berkahwin sebanyak tiga kali di mana perkahwinan pertama pada usia 20 tahun (bercerai), pengalaman hidup banyak mengajar dirinya.

Kisah Datuk Red mengegarkan industri hiburan kelmarin apabila beliau secara berani mendedahkan tidak punya masalah untuk berkahwin kali ketiga.



SENSASI!!! RUHAINIES TIDAK RELA PILIH LELAKI TUA DAN SUAMI ORANG UNTUK JADI CALON SUAMINYA!!!


Jika diberi pilihan, pelakon baru Ruhainies lebih selesa untuk memilih jodohnya daripada kalangan lelaki muda...

Bagi Ruhainies, biarpun soal jodoh adalah rahsia Allah, namun tidak salah sekiranya dia menetapkan pendirian sendiri berhubung lelaki yang bakal menjadi suaminya.

Dan Ruhainies juga telah menetapkan beberapa syarat berhubung soal hatinya itu.

“Soal jodoh saya tidak memilih, sesiapa saja yang sudah ditentukan Tuhan dan sekiranya dia dapat membuka hati ini, akan saya terima dengan berlapang dada...

“Namun, biarlah usia lelaki itu bukanlah terlalu tua daripada saya,” katanya...

Ruhainies atau nama asalnya Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 24, berkata demikian ketika ditemui di majlis kejutan hari lahirnya ke-24 di Kuala Lumpur malam semalam...

Ketika ini namanya kian menjadi sebutan dan gosip di kalangan peminat hiburan selepas rakaman klip video dan gambarnya bersama suami orang tersebar meluas di media sosial.