Sunday, 17 July 2016

Filled Under:

AKIBAT FOTO NIKAH KAHWIN KEDUA TERSEBAR, ADI PUTRA BATALKAN MAJLIS BERSAMA KELAB PEMINAT!!!


Pelakon Adi Putra telah membatalkan majlis Aidilfitri bersama kelab peminatnya pada disaat akhir yang telah dijadualkan pada Ahad. Ianya dipercayai selepas tersebarnya berita perkahwinan keduanya yang dilakukan secara rahsia secara meluas..

Perancangan Majlis Hari raya tersebut sepatutnya diadakan di Casa Ombak, Ampang namun dibatalkan tanpa dinyatakan secara terperinci. Dia sekadar memaklumkan di Instagram miliknya tindakan itu di atas sebab-sebab yang tertentu...

“Assalammualaikum wbt… Saya memohon maaf kepada semua hotlovers kerana perjumpaan raya dan ulang tahun hotlovers esok 17 Julai, harus dibatalkan atas sebab-sebab yang tertentu. Saya sekali lagi mohon kemaafan,” katanya dalam laman Instag beliau..

Inilah gambar yang tersebar  yang mengaitkan perkahwinan terbaharu Adi Putra.

Perjumpaan itu adalah bertujuan bagi mengukuhkan lagi hubungan Adi dengan peminatnya serta sebagai meraikan ulang tahun kelima penubuhan kelab tersebut...

Setiap orang yang hadir akan dikenakan bayaran RM60 untuk menghadiri majlis berkenaan.

Sebelum ini foto perkahwinan kedua Adi Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 35, tersebar pada hari Sabtu.

Dia dipercayai telah berkahwin dengan seorang janda anak satu berusia 33 tahun yang merupakan pegawai beruniform sebuah agensi kerajaan...




0 comments:

Post a Comment