Friday 15 July 2016

Filled Under:

TAHNIAH!! MAJLIS BERINAI YANG UNIK BAGI PERKAHWINAN EZWAN KOMBOS DAN EZZATY ABDULLAH


Bakal melangsungkan majlis pernikahan yang akan diadakan pada hari ini, semalam telah berlangsungnya sebuah majlis berinai yang cukup sederhana tetapi meriah buat pasangan Ezzaty Abdullah dan Azwan Kombos yang telah diadakan di kediaman keluarga Ezzaty di Pahang. Manakala majlis merisik telah diadakan di kediaman keluarganya pada bulan Mac lalu...


Dalam majlis yang telah diadakan semalam, Ezzaty kelihatan begitu kelihatan berseri dengan mengenakan busana sari yang bertemakan hindustan, yang turut digayakan dengan pelbagai aksesori menarik. Manakala sehari sebelum majlis berinai pula, sebuah majlis marhaban turut berlangsung dengan kehadiran kumpulan nasyid dan pengantin perempuan yang sempurna dengan pakaian persalinan kurung.


Dimaklumkan hari ini bertempat di kediaman keluarga pengantin perempuan, Ezzaty akan diadakan majlis pernikahan pada sebelah pagi, diikuti aturcara dengan majlis persandingan bagi pasangan pengantin itu. Manakala sebuah lagi majlis resepsi akan diadakan pada keesokan hari bertempat di Kuala Lumpur buat semua peminat kedua-dua selebriti ini...


Tahniah sekali lagi  diucapkan buat pasangan bahagia Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah, semoga segala perancangan majlis yang seterusnya akan berjalan dengan lancar serta dipermudahkan olehNya... Amin bahagia sehingga ke Jannah...




0 comments:

Post a Comment