Saturday, 23 July 2016

Filled Under:

SENSASI!!! RUHAINIES TIDAK RELA PILIH LELAKI TUA DAN SUAMI ORANG UNTUK JADI CALON SUAMINYA!!!


Jika diberi pilihan, pelakon baru Ruhainies lebih selesa untuk memilih jodohnya daripada kalangan lelaki muda...

Bagi Ruhainies, biarpun soal jodoh adalah rahsia Allah, namun tidak salah sekiranya dia menetapkan pendirian sendiri berhubung lelaki yang bakal menjadi suaminya.

Dan Ruhainies juga telah menetapkan beberapa syarat berhubung soal hatinya itu.

“Soal jodoh saya tidak memilih, sesiapa saja yang sudah ditentukan Tuhan dan sekiranya dia dapat membuka hati ini, akan saya terima dengan berlapang dada...

“Namun, biarlah usia lelaki itu bukanlah terlalu tua daripada saya,” katanya...

Ruhainies atau nama asalnya Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 24, berkata demikian ketika ditemui di majlis kejutan hari lahirnya ke-24 di Kuala Lumpur malam semalam...

Ketika ini namanya kian menjadi sebutan dan gosip di kalangan peminat hiburan selepas rakaman klip video dan gambarnya bersama suami orang tersebar meluas di media sosial.





0 comments:

Post a Comment