Tuesday 12 July 2016

Filled Under:

EKSKLUSIF!! PUNCA SEBENAR DISEBALIK AIDIL ZAFUAN & SAFIQ RAHIM UMUM BERSARA DARI SKUAD KEBANGSAAN!!


Ketua Skuad Bola Sepak Kebangsaan, Safiq Rahim dan tunjang benteng pertahanan Skuad Bola Sepak Kebangsaan, Aidil Zafuan telah mengejutkan dunia sukan tanahair apabila mengumumkan persaraan dari Skuad Bola Sepak Negara.

Perkara ini telah diumumkan menerusi laman sosial Facebook Rasmi Johor Southern Tiger. Safiq Rahim telah umumkan persaraan selepas satu jam Aidil Zafuan yang turut umumkan persaraannya. 

Berikut adalah percapaian terbaik daripada kedua-dua pemain ini ketika menyarung jersi Harimau Malaysia.



Melalui kenyataan kedua-dua pemain tersebut di laman sosial Harimau Selatan, mereka menyifatkan bahawa telah tiba masanya ruang dan peluang perlu diberikan kepada pemain baharu atau barisan pemain bola sepak muda bagi mengisi kekosongan posisi tersebut.

Kedua-dua tonggak skuad kebangsaan itu juga turut merakamkan penghargaan kepada semua penyokong bola sepak tanah air, barisan kejurulatihan dan pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang sentiasa menyokong mereka sepanjang beraksi bersama skuad kebangsaan..




0 comments:

Post a Comment