Monday, 25 July 2016

Filled Under:

KECOH!!! ADI PUTRA DISERANG BEKAS ADIK IPAR ISTERI KEDUA KETIKA SIDANG MEDIA BERLANGSUNG!!!


Sidang media telah diadakan oleh pelakon Adi Putra bagi menjelaskan perkahwinan keduanya dengan janda anak satu pada Isnin. Walau bagaimanapun sesi tersebut telah bertukar panas apabila muncul bekas adik ipar isteri pelakon itu.

Wanita yang dikenali sebagai Nur Farah Ilyana, usia 25, bangun dan bertanyakan soalan tindakan Adi memburukkan abangnya selain mendedahkan nombor telefon bimbit lelaki dikenali sebagai Raziman itu di laman sosial Instagram miliknya baru-baru ini.



Nur Farah turut menjelaskan bahawa abangnya itu tidak pernah memuat naik sebarang luahan perasaan yang mentuduh oleh bekas isterinya itu meninggalkan dia semata-mata kerana Adi seperti mana tersebar di laman sosial sebelum ini.

"Kehadiran saya pada majlis ini cuma ingin menjelaskan abang saya tidak pernah membuat sebarang kenyataan atau status untuk memviralkan luahan perasaan di Facebook mengenai rumah tangganya bagi mendapatkan  simpati atau publisiti seperti mana yang digembar gemburkan sebelum ini.

"Saya cuma ingin bertanya apakah niat sebenar Adi pula menyebarkan nombor telefon abang saya itu di Instagram? Tindakan itu telah memberi tekanan perasaan kepada abang saya kerana ramai yang menelefon dan menggangunya," kata wanita tersebut.

Adi bagaimanapun tenang mendengar soalan daripada wanita berkenaan namun jawapannya kurang jelas dengan tindakan yang telah di lakukan.

"Adik mungkin lebih kenal abang sendiri dan ia mungkin mengaibkan dia pula.

"Saya tidak menyalahkannya dan jika benar dia difitnah ia sepatutnya dijelaskan kerana dia tidak bersalah.

"Kehadiran saya pada hari ini juga bukan untuk berdebat tetapi ingin memberi penjelasan dan kebenaran pihak saya sahaja," katanya.

Sementara itu, Nur Farah ketika ditemui selepas selesai sidang media berkenaan menjelaskan dia tidak berniat untuk membuat kecoh ketika sesi itu berlangsung tetapi sebaliknya hanya ingin menjelaskan perkara sebenar tentang abangnya.

Bagaimanapun Adi meminta agar pihak media tidak meneruskan temubual bersama Nur Farah kerana wanita berkenaan tidak bersalah sebelum memintanya untuk meninggalkan majlis.

Dalam perkembangan sama, Adi pada sidang media berkenaan mengesahkan bahawa beliau sudah berkahwin buat kali kedua pada 20 Jun lalu di kediaman keluarga isteri keduanya itu yang dikenali sebagai Nur Shahida.

Bagaimanapun Adi tidak mahu mendedahkan butiran lanjut mengenai perkahwinan tersebut kerana ingin menjaga kepentingan dan privasi kedua-dua isterinya selain ia melibatkan keluarga kedua-dua belah pihak....





0 comments:

Post a Comment