Saturday, 23 July 2016

Filled Under:

DIA BUAT LAGI!!! ADNAN TUNJUK TARING APABILA KONGSI TIPS BERPOLIGAMI DAN BERISTERI SELEBRITI!!


“Jangan menipu isteri”, itu pesanan suami kepada penyanyi Adira, Datuk Seri Adnan kepada mana-mana lelaki yang punyai niat atau keinginan untuk tambah ‘cawangan’ atau berkahwin lebih dari seorang...

Datuk Red, 38, secara jujur mendedahkan rahsia besar bagaimana untuk menjaga hati semua isteri-isteri yang pernah dinikahinya...

“Perempuan, isteri-isteri kita paling pantang kalau kita berahsia atau menipu mereka..

“Berterus-terang dalam segala perkara, itu yang utama dalam perhubungan suami isteri,” beritahu Datuk Red..

Meskipun kisah perkahwinannya dengan Adira yang juga isteri mudanya dikritik teruk, lelaki ini mengambil pendirian untuk memilih tenang-tenang sahaja.

Malah dia tidak pernah sekalipun melarikan diri daripada pihak media yang berhasrat untuk mengetahui kejujuran dari bibirnya sendiri.

Sebelum Adira, Datuk Red mempunyai isteri lain iaitu seorang wanita yang dikenali sebagai Sharifah.

Ternyata perkahwinan adalah anugerah terindah buat dia, namun saat ini jelasnya tidaklah terfikir untuk berkahwin lagi.

Pernah berkahwin sebanyak tiga kali di mana perkahwinan pertama pada usia 20 tahun (bercerai), pengalaman hidup banyak mengajar dirinya.

Kisah Datuk Red mengegarkan industri hiburan kelmarin apabila beliau secara berani mendedahkan tidak punya masalah untuk berkahwin kali ketiga.





0 comments:

Post a Comment