Wednesday, 13 July 2016

Filled Under:

TERGEMPAR!!! AHLI ARKEOLOGI RON WYATT MENEMUI BUKTI NABI MUSA PERNAH MEMBELAH LAUT MERAH... INI GAMBARNYA!!!


Anda pernah mendengar kisah mukjizat Nabi Musa a.s yang telah membelah laut dengan tongkatnya??? Kisah tersebut kini bukannya kisah dongeng semata-mata tetapi ianya adalah kisah benar-benar wujud. Sehingga detik ini kita masih boleh membuktikan peristiwa tersebut...

Seorang ahli arkeologi, Ron Wyatt pada tahun 1988 mengakui bahawa beliau telah menemui beberapa peralatan purba, bangkai roda kereta tempur kuno di dasar laut merah. Menurutnya, berkemungkinan ini adalah sebuah bangkai kereta tempur Pharaoh yang telah tenggelam di dasar laut semasa digunakan untuk mengejar Nabi Musa a.s bersama pengikut-pengikutnya...


Menurutnya lagi, beliau telah menemui beberapa bangkai roda kereta tempur berkuda, dan beberapa tulang manusia serta tulang kuda ditempat yang sama...

Penemuan itu telah mengukuhkan lagi bahawa sisa tulang belulang itu merupakan sebahagian dari kerangka para bala tentara Pharaoh yang telah tenggelam di laut Merah...


Hasil kajian yang dilakukan di Stockhlom University terhadap beberapa sisa tulang belulang yang ditemui itu, terbukti benar bahawa struktur dan kandungan beberapa tulang tersebut telah berusia sekitar 3500 tahun, dimana mengikut kepada sejarah tamadun islam, peristiwa tersebut berlaku pada kurun yang sama...

Selain itu, turut ditemui poros roda dari salah satu kereta kuda yang kini keseluruhannya telah ditutupi dengan batu karang, bentuk asalnya sukar untuk dilihat secara jelas. Mungkin Allah sengaja melindungi bukti-bukti ini untuk menunjukkan kepada kita semua bahawa mukjizat yang diturunkan kepada utusanNya merupakan suatu yang nyata dan bukan dongeng. Di antara beberapa bangkai kereta, turut ditemui sebuah roda dengan 4 buah jeriji yang diperbuat daripada emas. Sepertinya, inilah sisa dari roda kereta kuda yang ditunggang oleh Pharaoh Raja Firaun.





Berdasarkan peta, menurut para ahli pengkaji sejarah di kawasan itu lokasi dimana Nabi Musa a.s bersama para kaumnya menyeberangi laut Merah. Lokasi penyeberangan itu berada di Teluk Aqaba di Nuweiba... Kedalaman maksimum di sekitar lokasi penyeberangan adalah 800 meter di sisi ke arah Mesir dan 900 meter di sisi ke arah Arab... Sementara itu di sisi utara dan selatan lintasan penyeberangan kedalamannya mencapai 1500 meter. Kecerunan laut dari Nuweiba ke arah Teluk Aqaba sekitar 1/14 atau 4 darjah, sementara itu dari Teluk Nuweiba ke arah daratan Arab sekitar 1/10 atau 6 darjah....

Kira-kira jarak antara Nuweiba ke Arab adalah sekitar 1800 meter. Lebar lintasan Laut Merah yang terbelah kira-kira 900 meter. Menurut sumber lain jaraknya kira-kira mencapai 7 km, dengan jumlah pengikut Nabi Musa sekitar 600.000 orang dan waktu yang ditempuh untuk menyeberang sekitar 4 jam.







0 comments:

Post a Comment