Monday, 18 July 2016

Filled Under:

TAHNIAH!!! AMAR BAHARIN DAN AMYRA ROSLI UMUM MAJLIS PERNIKAHAN MEREKA PADA MEDIA!!!


Setelah sekian lama mereka berdolak dalih dengan pihak media malah pernah menidakkan dakwaan bahawa mereka sedang bercinta, akhirnya pelakon lelaki tampan ini Amar Baharin dan juga pelakon jelita Amyra Rosli memberitahu bahawa mereka akan mendirikan rumahtangga pada 11 November 2016...


Berita gembira buat semua peminat Amar dan juga Amyra ini telah diumumkan melalui rancangan Hlive dan akan mengadakan majlis pertunangan pada 22 Julai ini. Menurut Amyra, majlis merisik telah pun dilakukan pada tahun lepas (2015) ketika perayaan raya haji..

“Kami akan bersanding pada sehari selepas majlis nikah iaitu pada 12 November 2016 (sebelah Amyra) dan 19 November di sebelah Amar,” kata Amar selain menjelaskan bahawa lokasi pernikahan tersebut dan resepsi masih lagi dalam perbincangan mereka...

Tambahan Amar lagi, tarikh pernikahan tersebut juga adalah tarikh yang sama dengan hari kelahiran bapa Amyra. Semoga segala persiapan bakal pengantin ini menjelang hari bahagia berjalan lancar seperti yang dirancang dan dipermudahkan segala urusan mereka.. 




0 comments:

Post a Comment