Bagaikan tidak ada berkesudahan, laporan terkini daripada portal Astro Gempak turut berkongsikan screenshot yang telah didakwa merupakan bekas lelaki kepada wanita yang khabarnya telah bernikah dengan Pelakon Popular, Adi Putra...
Melalui turutan penjelasan lelaki tersebut di laman sosial Facebook, bekas isterinya dikatakan telah jatuh hati kepada Adi Putra dan dalam masa yang sama juga dia turut menasihati wanita tersebut demi mempertahankan rumahtangga mereka lebih lebih lagi mereka mempunyai cahaya mata yang masih kecil lagi...
Sehingga ke saat ini, Adi Putra gagal untuk dihubungi malah turut membatalkan sambutan hari raya bersama peminatnya. Walaupun belum mendapatkan penjelasan daripada Adi sendiri, ada peminat yang meluahkan rasa terkilan di atas perkara yang berlaku dan mendoakan agar isteri pertama Adi terus bersabar dan tabah tempuhi dugaan..
Apa pun, sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab, pelakon ini pastinya akan hadir menjelaskan kepada semua orang termasuk media dan juga peminat mengenai isu ini. Sama-sama kita nantikan penjelasan daripada pihak Adi Putra apabila dia benar-benar sudah bersedia nanti..
0 comments:
Post a Comment